Saturday, 20 October 2012

Contoh Aktiviti Khidmat Masyarakat

Contoh Aktiviti Khidmat Masyarakat


Lawatan ke Rumah Amal Permata Hatiku



Sabtu, 23hb July 2011, selesai sahaja sessi badminton pagi tu, aku dan isteri mula bersiap-siap untuk ke majlis seterusnya... hampir jam 12.00 tengahari, kami bergerak menuju ke Bangsar. Memandangkan temujanji dengan rakan-rakan hanya akan berlangsung pada jam 2.30 petang, kami yang sedang kelaparan ketika itu, meneruskan perjalanan kami ke Syed Bistro di Happy Garden Bangsar untuk menikmati makan tengahari. Alhamdulillah, lepas juga hajat aku nak menikmati briyani kambing selepas farewell party utk practical student bersama rakan-rakan pejabat yang sepatutnya berlangsung pada hari Jumaat yang lalu di Syed Bistro terpaksa dibatalkan. Farewell party tersebut telah dilangsungkan bersama dengan majlis menyambut Ramadhan yang diadakan di office pada hari yang dirancangkan.



.
Selesai di Syed Bistro, perjalanan diteruskan ke Masjid Angkasapuri bagi menunaikan Solat Zohor, sementara itu, sempatlah isteri aku menjalankan urusan yang perlu beliau selesaikan di pejabatnya. Lebih kurang jam 2.15 ptg, kami pun bergerak ke pejabatku untuk memenuhi temujanji dengan rakan-rakan pada jam 2.30 petang. Setibanya kami di parkir, kelihatan sahabatku, Kahar, sedang berjalan menuju ke lobby. Tidak lama kemudian, Haniff tiba di sofa lobby untuk lepak bersama-sama kami sementara menanti rakan2 yang lain tiba. Kemudian, barulah abang Chu dan beberapa rakan lain tiba bersama troli barang-barang yang hendak dibawa bersama.


.

Lebih kurang jam 2.45 petang, barulah semua rakan-rakan tiba. Kami pun memulakan perjalanan ke Setapak yang disertai oleh 4 buah kereta. Tiba di Setapak, kami berhenti di jalan bertentangan hadapan pasar besar Setapak. Di situlah kami bertemu dengan rakan-rakan lain yang dah standy lebih awal. Hampir jam 3.00 petang, rombongan kami tiba di Rumah Amal Permata Hatiku. Lawatan amal ke rumah anak yatim ini adalah antara kerja amal yang dianjurkan oleh Division (HC SSO) tempat aku bertugas. Semua rakan-rakan yang hadir pada petang itu adalah bagi mewakili lebih 120 anggota division kami yang telah sudi memberi sumbangan ikhlas yang akan disampaikan terus kepada anak-anak yatim dalam majlis berkenaan.



Operasi mengangkut barang-barang sumbangan..





bergambar kenangan bersama Kahar




Sabar menunggu rakan-rakan yang masih belum tiba





Antara kenderaan rombongan ke rumah Amal..






 

Ketibaan ahli-ahli rombongan



Rumah Amal Permata Hatiku yang terletak di Setapak ini, menempatkan seramai 25 orang anak yatim yang berasal dari Pahang dan Johor. Pada asalnya, pengurusan rumah anak yatim ini bertempat di Endau Rompin, Pahang. Selepas anak-anak yatim ini membuat persembahan dalam satu majlis amal, seorang hamba Allah yang merupakan pemilik rumah yang mereka duduki di Setapak ini telah sudi memberikan rumah berkenaan untuk dijadikan rumah amal buat mereka. Semoga Allah memberikan ganjaran dan kebaikan di dunia dan di akhirat buat Hamba Allah itu. Di atas tawaran itu, sebahagian anak-anak yatim dari rumah amal di Endau Rompin telah dibawa berhijrah ke Kuala Lumpur dan sebahagian lagi masih teruskan kehidupan di sana.



.
Di sini, mereka belajar dengan guru yang didatangkan khas untuk mereka. Kehidupan harian mereka bergantung kepada dana-dana yang diterima daripada individu-individu dan syarikat-syarikat yang sudi memberikan sumbangan ditambahkan lagi dengan jualan produk-produk yang diusahakan oleh Ustaz dan Ustazah yang mengendalikan rumah ini. Di sini, anak-anak ini dididik mengikut ajaran Islam. Diajar Solat di awal waktu, bertahajud pada setiap malam dan membaca Al-Quran. Semoga Allah memberkati dan merahmati hidup mereka semua.



.
Semasa kami di sana, kami disambut meriah oleh penghuni-penghuni rumah amal ini. Selepas mendengar taklimat yang diberikan oleh Ustaz berkenaan kehidupan dan sejarah penubuhan rumah amal ini, kami kemudiannya berpeluang untuk beramah mesra dengan anak-anak yatim ini. Alhamdulillah, mereka semua gembira dengan kehadiran kami di sana. Program seterusnya, penyampaian sumbangan-sumbangan kepada mereka yang telah disempurnakan oleh Pengurus Besar kami. Seterusnya, jamuan minum petang yang disediakan oleh kaum hawa Division kami. Masuk aje waktu Asar, kami berkesempatan menunaikan Solat berjemaah bersama-sama mereka. Lebih kurang jam 5.00 petang, kami pun mohon mengundurkan diri. Sebelum pulang, kami sempat bergambar kenangan beramai-ramai.



Antara penghuni rumah amal...




Wakil unit PDS.. Aku & Haniff...




Bersama penghuni kaum adam...




Sessi Taklimat yang disampaikan oleh Ustaz..




Ahli-ahli rombongan yang sedang asyik mendengar cerita drp Ustaz




Sessi beramah mesra bersama penghuni rumah amal

















Sessi penyampaian sumbangan oleh ir. Abd Razak (GM HC SSO)




Ahli rombongan kaum hawa beramah mesra bersama penghuni kaum hawa..












Ir. Razak menyampaikan cenderahati kepada Ustaz..











Sessi minum petang....








Solat Asar berjemaah...





Sesungguhnya, kerja-kerja amal seperti ini amatlah digalakkan dalam Islam. Sepertimana yang disabda oleh Rasulullah S.A.W., "sessungguhnya tangan yang memberi itu adalah lebih baik daripada tangan yang menerima". Setiap rezeki yang kita terima adalah atas ehsan daripada Allah S.W.T.. Rezeki yang kita terima itu sebenarnya bukanlah semuanya untuk kita, ianya menjadi kewajipan kepada kita untuk diagih-agihkan kepada mereka-mereka yang memerlukan. Sebab itulah amalan Zakat dijadikan salah satu rukun di dalam Rukun Islam. Amalan bersedekah juga menjadi amalan yang amat-amat digalakkan dalam Islam. Sesungguhnya, apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah peluang untuk mereka beramal di dunia kecuali tiga perkara iaitu doa anak-anaknya yang Soleh dan Solehah, Ilmu-ilmu bermanfaat yang sempat beliau turunkan untuk diamalkan oleh mereka-mereka yang masih hidup dan sedekah jariah yang sempat beliau sumbangkan.

Sumber :- http://dfario2.blogspot.com/2011/07/lawatan-ke-rumah-amal-permata-hatiku.html

Khidmat Masyarakat

Khidmat Masyarakat


MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT

1.    Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di
            luar bilik darjah.
2.    Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
3.    Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap
           masyarakat dan negara.

PROSES MELAKSANAKAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT

1.    PERANCANGAN
2.    KERJA AMALI
3.    REFLEKSI
4.    LAPORAN
5.    PENGHARGAAN


1.    PERANCANGAN
a.    Mengenal pasti dan memilih tajuk projek
b.    Menentukan objektif, jenis aktiviti, tempoh masa melaksanakan projek
c.    Mengenal pasti  sumber dan pihak yang terlibat
d.    Menyenarai dan membahagikan tugas
e.    Menentukan cara mengumpul maklumat
f.    Menentukan cara merekod projek

2.    KERJA AMALI

a.    Melaksanakan projek
b.    Merekod/mencatatkan tugas yang dijalankan
c.    Mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul semasa
            menjalankan tugas

3.    REFLEKSI
a.    Menilai kerja yang telah dijalankan
b.    Menyusun dan menyemak dokumen dan catatan
c.    Menulis jurnal refleksi peribadi
4.    LAPORAN

a.    Menentukan cara menyediakan laporan
b.    Menulis laporan individu/kumpulan
c.    Membentangkan laporan

Format  Laporan
•    Tema
•    Nama Projek
•    Tarikh/ Tempoh Pelaksanaan Projek
•    Ahli Kumpulan Projek
•    Guru Penasihat
•    Objektif Projek
•    Pelaksanaan Projek
    i.    Perancangan
    ii.     Kerja Amali
    iii.    Refleksi
•    Cadangan/Komen
•    Penghargaan

5.    PENGHARGAAN
•    Menunjukkan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan projek

PENILAIAN DALAM KHIDMAT MASYARAKAT

KONSEP

•    berdasarkan objektif kurikulum

•     dijalankan secara individu/berkumpulan

•     dijalankan di luar bilik darjah   sekurang-kurangnya 10 jam setahun

Sejarah Pengakap

Sejarah Pengakap

 


PENGASAS PERGERAKAN PENGAKAP DUNIA
ROBERT BADEN-POWELL,

Potret Baden-Powell yang dipaparkan telah dihasilkan oleh David Jagger pada tahun 1929. Ia dipamerkan kepada beliau pada 6 August 1929 di Jamboree Dunia Ke III di Arrowe Park, Birkenhead, England. Ia dikenali sebagai "Coming Of Age Jamboree" sebagai penghargaan hari ulangtahun ke 21 Pengakap Sedunia. Ia merupakan potret yang paling disukai oleh Baden-Powell. Potret asli beliau dipamerkan di ruang pameran di Ibupejabat Pengakap Dunia (WOSM) di Geneva, Switzerland.

SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DI MALAYSIA
Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England).
Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.

Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915. Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.
Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.

Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.
Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.


Persetiaan Pengakap

Persetiaan Pengakap

Laung Agung

Laung Agung
 


Laung Agung merupakan:
1. Tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak.
2. Diamalkan di seluruh dunia.
3. Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya ‘BUAT HABIS BAIK”
4. Untuk menghormati tetamu.
5. Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan serta membina displin.

Bila diadakan?
1. Setiap kali diadakan perjumpaan
2. Setiap kali semasa menamatkan perjumpaan.

ISTIADAT LAUNG AGUNG
1. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK…..” (semua PKK berdiri dalam keadaan sedia)
2. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK,PEK,PEK….” (semua PKK mengelilingi AKELA sambil menyahut “P…E….K….”
3. AKELA memerintah PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang tangan. Bila bulatan telah sempurna PKK menjatuhkan tangan.
4. AKELA mendepakan tangan >>> PKK mengangkat tumit.
5. AKELA merapatkan tangan ke paha>>
a) PKK mencangkung.
b) Kedua belah tangan mencecah ke tanah.
c) Kepala dilangutkan dan terus berkata>> ‘A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK.
d) Selepas sebutan “BAIK” PKK bangun dalam keadaan sedia. 6. Petugas mencabar dengan hormat kepada AKELA dengan kata-kata:- ‘KAMU BUAT HABIS BAIK’
7. Semua PKK hormat AKELA dengan menjawab ‘KAMI BUAT HABIS BAIK’
8. AKELA membalas hormat PKK.
9. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai memberi hormat.

Lambang Pengakap Malaysia

LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA




Pecahan tiga kelopak melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu: taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.

Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja.

Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama Islam.
Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.



Istiadat Dalam Pengakap

ISTIADAT DALAM PENGAKAP

ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA
Istiadat ini diadakan selepas istiadat laung agung.
1. Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang.
2. Pemimpin berdiri menghadap bendera.
3. Penolong Pemimpin berdiri di belakang tiang bendera.
4. PKK berdiri dalam bentuk bulatan dalam keadaan sedia.
5. Pemimpin berteriak “BENDERA”
6. Petugas mara ke tiang bendera.
7. Petugas menarik tali, sekali sahaja.
8. Petugas berundur satu langkah dan memberi hormat.
9. Semua yang hadir memberi hormat.
10. Petugas menjatuhkan tangan….dan diikuti oleh semua yang hadir.
11. Petugas kembali ke tempat asal.
12. Menyanyi Lagu Kebangsaan
13. Menyanyi Lagu Pengakap Daerah
14. Membaca doa
15. AKELA memberi arahan “Senang diri”
16. AKELA memberi nasihat/kata-kata perangsang dan lain-lain

ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA
1. Semua PKK berdiri dalam bulatan. AKELA berdiri di tengah-tengah bulatan dalam keadaan sedia.
2. AKELA berteriak “BENDERA”
3. Petugas mara ke tiang bendera dan terus menaikkan bendera.
4. AKELA mengarah semua yang hadir menyanyi lagu Kebangsaan.
5. Setelah bendera sampai ke puncak tiang, petugas berundur selangkah ke belakang dan memberi hormat.
6. Semua yang hadir memberi hormat.
7. Petugas balik ke tempat asal.
8. Menyanyi lagu Pengakap
9. Membaca doa
10. Akela memberi arahan “SENANG DIRI”
11. Akela memberi nasihat/kata-kata perangsang dan lain-lain.